Pada cuti sekolah yang lalu,ayah telah membawa kami sekeluarga bercuti ke Pulau Langkawi. Kami bertolak dari Jeti Kuala Perlis tepat jam 11:15 pagi. Saya berasa amat teruja dapat manaiki feri buat pertama kalinya dalam hidup.
Setibanya di Pulau Langkawi,ayah terus menuju ke hotel yang telah kami tempah dua bulan yang lalu.
Setelah berehat selama satu jam, kami mengelilingi Pulau Langkawi dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayah.pemandangan di pulau itu amat memukau mata setiap pengujung. Kami sempat melawat kawasan Beras Tempakar dan mengetahui sejarah tempat itu melalui bahan rujukan yang disediakan.
Selapas itu,ayah mambawa kami melawat Makam Mahsuri. Selepas membeli tiket,kami melawat makam tersebut. Saya sempat menonton filem dokumentasi rinkas yang ditayangkan berkaitan Mahsuri. Saya juga sempat marakamkan gambar-gambar menarik di sekitar Makam Mahsuri.
Keesokan harinya,kami pun menuju ke Gunung Machincang.Alangkah seronoknya saya menaiki kereta kapal. Saya dapat melihat pemadangan yang menakjubkan semasa menaiki kereta kapal.
Sebelah petangnya pula,kami terua menuju ke pantai. Kami mandi sepuas-puasnya.Air laut di sana sungguhnyaman dan pantainya bersih memutih.
Setelah berada di Pulau Langkawi selama dua hari,kami pun berkemas untuk pulang. Saya berasa sangat gembira dan seronok ketika berada di Pulau Langkawi pada masa yang akan datang bersama keluarga tercinta.